Saturday, January 24, 2009

Bye, Bye, Tn. Haji Md. Yatim





Tuan Haji Md Yatim bin Hassan, Guru Penolong Kanan HEM SMK Parit Bunga berpindah ke SMK Sultan Alauddin Riayat Shah, Pagoh mulai 19 Januari 2009 sebagai Guru Penolong Kanan. Beliau mula bertugas di SMK Parit Bunga pada 1 Oktober 2006. Majlis Perpisahan diadakan pada 22 Januari 2009. Selamat bertugas di tempat baru. Jasamu tetap dikenang.






CIKGU ZAIDI JOHAN MENEMBAK 2009


Pertandingan menenbak ahli-ahli Kadet Polis Daerah Muar dan Ledang telah diadakan pada 20 dan 21 Januari 2009. SMK Parit Bunga telah menghantar seramai 17 ahli Kadet Polis dalam pertandingan itu. Seorang ahli Kadet Polis telah mendapat tempat kedua dan dua orang lagi mendapat saguhati. Paling membanggakan Cikgu Mohd.Zaidi bin Bakeri menjadi johan acara menembak kategori guru. Tahniah Cikgu Zaidi.

INFO GERHANA MATAHARI 26 JANUARI 2009

Monday, January 19, 2009

Majlis Perlantikan Pengawas 2009
















Majlis Perlantikan Pengawas telah diadakan ada hari Isnin, 19 Januari 2009, bertempat di Dewan Jubli Perak, SMK Parit Bunga, Ledang, Johor. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Parit Bunga iaitu Puan Hajah Siti Rumjah binti Banaji.





Merentas Desa





Merentas Desa peringkat SMK Parit Bunga telah diadakan pada Sabtu 17 Januari 2009. Semua pelajar dari 4 buat rumah sukan menyertai acara ini. Empat buah rumah sukan tersebut ialah Musytari, Zuhal, Zuhrah dan Marikh. Rumah Zuhrah telah menjadi johan keseluruhan. Tahniah!






Wednesday, January 14, 2009

Majlis Pengagihan Pakaian Seragam Unit Beruniform






Majlis tersebut diadakan pada hari Sabtu 10 hb Januari 2009 bertempat di Dewan Jubli Perak, SMK Parit Bunga, Ledang, Johor. Sebanyak 8 buah unit beruniform yang terlibat iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Pengakap, Persatuan Pandu Putri, Persatuan Puteri Islam, Persatuan Silat Seni, Persatuan Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bomba, dan Persatuan Kadet Polis. Lebih kurang 600 orang pelajar terlibat yang melibatkan peruntukan sekitar RM 60,000. Terima kasih kerajaan Barisan Nasional.