Sunday, May 24, 2009

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009 BERMULA

SAMBUTAN HARI GURU 2009






Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Parit Bunga, Ledang diadakan pada 18 Mei 2009. Atur Cara pada hari tersebut adalah seperti berikut:




7.30 pagi - Perarakan Guru ke Dewan Jubli Perak


8.00 pagi - Perhimpunan/Ucapan


9.00 pagi - Sukaneka di Padang Sekolah


10.30 pagi - Persembahan Pelajar dan Guru di Dewan Jubli Perak




Tuesday, March 3, 2009

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-34 Tahun 2009









Majlis Akujaya Pelajar Cemerlang 2009 dan Penyerahan Mentee Kepada Mentor




Tarikh: 13 Februari 2009
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan Jubli Perak

Objektif:

Memberikan penerangan perancangan sekolah membantu pelajar yang berpotensi mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan umum

Mendapat sokongan keluarga pelajar dalam menjayakan program ini dengan memantau anak-anak mereka dirumah

Mengeratkan hubungan dan kerjasama antara guru-guru dan ibu bapa

Saturday, January 24, 2009

Bye, Bye, Tn. Haji Md. Yatim





Tuan Haji Md Yatim bin Hassan, Guru Penolong Kanan HEM SMK Parit Bunga berpindah ke SMK Sultan Alauddin Riayat Shah, Pagoh mulai 19 Januari 2009 sebagai Guru Penolong Kanan. Beliau mula bertugas di SMK Parit Bunga pada 1 Oktober 2006. Majlis Perpisahan diadakan pada 22 Januari 2009. Selamat bertugas di tempat baru. Jasamu tetap dikenang.






CIKGU ZAIDI JOHAN MENEMBAK 2009


Pertandingan menenbak ahli-ahli Kadet Polis Daerah Muar dan Ledang telah diadakan pada 20 dan 21 Januari 2009. SMK Parit Bunga telah menghantar seramai 17 ahli Kadet Polis dalam pertandingan itu. Seorang ahli Kadet Polis telah mendapat tempat kedua dan dua orang lagi mendapat saguhati. Paling membanggakan Cikgu Mohd.Zaidi bin Bakeri menjadi johan acara menembak kategori guru. Tahniah Cikgu Zaidi.

INFO GERHANA MATAHARI 26 JANUARI 2009

Monday, January 19, 2009

Majlis Perlantikan Pengawas 2009
















Majlis Perlantikan Pengawas telah diadakan ada hari Isnin, 19 Januari 2009, bertempat di Dewan Jubli Perak, SMK Parit Bunga, Ledang, Johor. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Parit Bunga iaitu Puan Hajah Siti Rumjah binti Banaji.





Merentas Desa





Merentas Desa peringkat SMK Parit Bunga telah diadakan pada Sabtu 17 Januari 2009. Semua pelajar dari 4 buat rumah sukan menyertai acara ini. Empat buah rumah sukan tersebut ialah Musytari, Zuhal, Zuhrah dan Marikh. Rumah Zuhrah telah menjadi johan keseluruhan. Tahniah!






Wednesday, January 14, 2009

Majlis Pengagihan Pakaian Seragam Unit Beruniform






Majlis tersebut diadakan pada hari Sabtu 10 hb Januari 2009 bertempat di Dewan Jubli Perak, SMK Parit Bunga, Ledang, Johor. Sebanyak 8 buah unit beruniform yang terlibat iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Pengakap, Persatuan Pandu Putri, Persatuan Puteri Islam, Persatuan Silat Seni, Persatuan Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bomba, dan Persatuan Kadet Polis. Lebih kurang 600 orang pelajar terlibat yang melibatkan peruntukan sekitar RM 60,000. Terima kasih kerajaan Barisan Nasional.